Kumpulan pelajar pertama duduki PT3 kongsi pengalaman terima keputusan

Syafique Shuib
Disember 22, 2014 15:42 MYT
Keputusan ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikeluarkan hari ini. Gambar fail
Seramai 453,413 calon di seluruh negara yang telah menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di 2,608 pusat peperiksaan pada Oktober lalu menerima keputusan mereka hari ini.
Memandangkan ia kali pertama dijalankan bagi menggantikan format peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelbagai reaksi diterima termasuklah daripada pelajar dan guru yang menyifatkan pelaksanaan pertama PT3 sebagai suatu yang mencabar buat mereka.
PERAK
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh muncul antara sekolah terbaik di negeri Perak apabila 123 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian tersebut.
Seorang pelajar sekolah berkenaan mendapat keputusan 11A manakala yang lain mendapat 7A, 8A dan 9A.
Menurut salah seorang pelajar, Nurunuha Mohd Ismi yang mendapat 11A, kejayaan yang diperolehinya itu adalah berkat tumpuan yang sentiasa diberikannya dalam setiap mata pelajaran sewaktu berapa dalam kelas selain dorongan kedua ibu bapanya.
“Saya sangat gembira bersyukur kepada Allah dan bagi saya yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan ini redha daripada kedua ibu bapa dan guru-guru. Moga kejayaan yang kita dapat itu adalah kejayaan yang diredhai Allah,” ujarnya.
Di sekolah tersebut, calon Nurul `Iffah Mohd Suffian mendapat 9A manakala Wardatus Syifa Zakaria mendapat 8A.
PULAU PINANG
Sementara itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, tiga pelajar yang menduduki ujian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irsyad mencatat keputusan cemerlang dengan memperolehi semua A dalam ujian PT3 yang berlangsung pada Oktober lalu.
Menurut Pengetua Sekolah, Abd. Halim Abd. Hamid, biarpun tidak mencapai sasaran sekolah, pencapaian pelajar pada tahun pertama pengenalan PT3 adalah baik dan memuaskan.
Beliau berpendapat, format kertas ujian yang hanya diketahui pada pertengahan tahun adalah salah satu faktor penyebab pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan persediaan rapi.
Daripada 168 pelajar yang menduduki ujian PT3 di sekolah itu, tiga pelajar memperoleh 11A, 10 pelajar memperoleh 10A, 26 pelajar memperoleh 9A, dan selebihnya memperoleh antara 2A hingga 8A.
Abd. Halim percaya, para guru dan pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi PT3 pada tahun berikutnya.
Di Pulau Pinang, seramai 22,781 calon telah menduduki peperiksaan tersebut yang diadakan di 130 pusat peperiksaan. Daripada jumlah itu, 155 daripadanya merupakan calon persendirian.
SARAWAK
Di Sarawak, rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan bahawa ujian PT3 agak sukar kerana semua soalan yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif berbanding format soalan dalam peperiksaan sebelum ini.
Mereka menyatakan bahawa terpaksa berusaha dengan lebih gigih untuk mengulang kaji pelajaran kerana ada antara matapelajaran yang mereka ambil adalah dalam Bahasa Inggeris.
Bagi pelajar SMK Green Road, Kuching, Niqa Afiqah Mohamad Azman, yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 10A, dia terpaksa melipatgandakan sesi ulang kaji kerana PT3 tidak seperti PMR kerana mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perlu diberi tumpuan demi memahami kehendak soalan.
“Semuanya berkaitan dengan kerja keras. Sewaktu ujian, saya memang tidak tidur kerana menelaah sehingga jam 4 pagi. Secara jujurnya saya mendesak diri saya untuk memberikan sebaik mungkin untuk PT3 dan untuk meraih semua A,” kata Niqa.
Bagi seorang lagi pelajar iaitu Karen Patrick Lai yang turut mendapat 10A, dia bersyukur kerana mendapat keputusan cemerlang kerana beranggapan PT3 amat susah untuk dihadapi.
“Saya rasa gembira kerana semua orang tahu ujian ini tidak mudah. Namun saya bangga dengan pencapaian yang saya peroleh dan berbangga juga dengan teman-teman lain. Ini suatu perjalanan yang panjang. Saya lega semuanya sudah berakhir,” kata Karen.
Seramai 15 orang pelajar dari SMK Green Road mendapat keputusan cemerlang 10A daripada 332 calon keseluruhannya.
Sejumlah 39,583 orang pelajar telah menduduki PT3 di Sarawak. Daripada jumlah itu, seramai 38,239 orang merupakan calon dari sekolah kebangsaan manakala 1,343 dari sekolah swasta manakala seorang adalah calon persendirian.
Di media sosial pula, terdapat juga pelajar mula memuat naik keputusan mereka di Twitter.

Mabrouk 10A #pt3 pic.twitter.com/mYHVFc1KhQ

— TadashiHamada* (@jamilshafi95) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

i really hate those lisan exams. #PT3 pic.twitter.com/mMODq3YeSH

— ziqinkee (@ziqinkee) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah!! I'm so proud of you!! #cousin #pt3 #keep it out #boy pic.twitter.com/5yyEkHcUpc

— فيرزانه عاديله (@Firzanah51198) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah buat anak saudara Maisarah, cemerlang dlm PT3. #PT3RESULT #pt3 pic.twitter.com/duCkPch4Bs

— asrulhassan (@asrul0102) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang memberikan pendapat mereka tentang PT3 yang pertama kali diadakan:

Soalan semua sekolah tak sama so yg tak bernasib baik dapat soalan susah ni hanya mampu redha je la #PT3

— Liana (@norfatinliana) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

betul laa cakap budak tu soalan tak susah cuma masa singkat sangat nak belajar format baru. betul tu betul. sangat tepat #pt3

— amonies. (@AnissssRawwrr) December 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Even sains bkn subjek fav aku, tpi lulus jugak wlaupun hmpir semua soalan kbat. Susah gila. #pt3

— Nik (@NikSyahibatun) December 21, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PT3 lagi susah sukar payah difficult hard insane dari PMR . #MOHON PAHAM #pt3

— Aerynaa (@Iameynaaaa) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Congrats dear cousin 8A's is great achivement #PT3RESULT

— peja (@ezza_karim) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Chill~ Whatever the results you get, you can still advance to Form 4! And from there, you'll really start colouring your canvas. #PT3RESULT

— iris (@itzm_iris) December 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
#PMR #PT3
;