Kumpulan kedua misi bantuan kemanusiaan Gaza Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berlepas ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam Sabtu.
Mereka terdiri daripada 20 peserta termasuk anggota perubatan, sukarelawan dan petugas media dan diketuai Exco Pemuda Umno Armand Azhar Abu Hanifah.
Menurut Armand Azhar kumpulan kali ini membawa beberapa tan bekalan tambahan ubat-ubatan dan selimut yang sangat diperlukan oleh penduduk di Gaza.
"Selain barangan yang dirancang awal kita juga ada membawa bekalan tambahan sebagaimana yang diminta oleh kumpulan pertama," katanya kepada pemberita.
Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Duta Palestin Dr Anwar al-Agha.
Sementara itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan rakyat negara ini serta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang senantiasa menyokong rakyat Palestin dan kami mendoakan keselamatan semua peserta misi bantuan," katanya.
Bernama
Sat Aug 09 2014
Duta Palestin, Dr Anwar al-Agha bersama sebahagian kumpulan kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang terdiri daripada 20 peserta mengaminkan doa sebelum berlepas ke Kaherah, Mesir - Foto Bernama
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Kumpulan kedua misi bantuan kemanusiaan Gaza KP1M berlepas
Kumpulan kali ini membawa beberapa tan bekalan tambahan ubat-ubatan dan selimut yang sangat diperlukan oleh penduduk di Gaza.
Kumpulan kedua KP1M berlepas ke Gaza malam ini
Mereka terdiri daripada 20 peserta termasuk anggota perubatan, sukarelawan dan petugas media dan diketuai Exco Pemuda UMNO Armand Azhar Abu Hanifah.