Kumpulan kedua KP1M berlepas ke Gaza malam ini

Bernama
Ogos 9, 2014 22:24 MYT
Duta Palestin, Dr Anwar al-Agha bersama sebahagian kumpulan kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia. - Foto BERNAMA
Kumpulan kedua misi bantuan kemanusiaan Gaza Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berlepas ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada malam Sabtu.
Mereka terdiri daripada 20 peserta termasuk anggota perubatan, sukarelawan dan petugas media dan diketuai Exco Pemuda UMNO Armand Azhar Abu Hanifah.
Menurut Armand Azhar kumpulan kali ini membawa beberapa tan bekalan tambahan ubat-ubatan dan selimut yang sangat diperlukan oleh penduduk di Gaza.
"Selain barangan yang dirancang awal kita juga ada membawa bekalan tambahan sebagaimana yang diminta oleh kumpulan pertama," katanya kepada pemberita.
Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Duta Palestin Dr Anwar al-Agha.
Sementara itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan rakyat negara ini serta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang senantiasa menyokong rakyat Palestin dan kami mendoakan keselamatan semua peserta misi bantuan," katanya.
#Armand Azhar Abu Hanifah #Gaza #KLIA #KP1M #Mesir #misi bantuan
;