Kuching memerlukan lapangan terbang yang lebih besar - KM Sarawak
Astro Awani
November 23, 2020 15:10 MYT
November 23, 2020 15:10 MYT
KUCHING: Sarawak terus melangkah ke hadapan bagi mendepani cabaran pasca COVID-19 melalui perancangan pembinaan lapangan terbang yang lebih besar di Kuching.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu adalah sebagai persediaan menampung jumlah penerbangan dan kemasukan pelancong yang dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang.
Tambahnya, inisiatif itu sedang dikaji oleh pakar dalam pembangunan lapangan terbang.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini sudah sesak dan pastinya dalam tempoh dua tahun akan datang, KIA tidak akan mampu menampung kemasukan pelancong yang lebih ramai.
“Jadi kita perlu merancang sekarang dan perkara ini masih dalam perbincangan. Kerajaan negeri sedang meneliti perkara ini sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong pasca COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi webinar anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) pada Isnin.
#lapangan terbang di Kuching
#pelancong di Kuching
#jumlah pelancong ke Sarawak
#strategi pelancongan Sarawak
#jumlah penerbangan ke Kuching