Kerajaan dicadang supaya melaksanakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka yang melakukan perbuatan vandalisme bagi menimbulkan rasa malu dan takut dalam kalangan pelaku.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan hukuman itu dilihat sebagai cara yang lebih berkesan berbanding hukuman lain terutama kompaun dan denda.
"Saya berharap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan bertindak memastikan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat oleh semua pihak berkuasa tempatan terhadap mereka yang melakukan vandalisme.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Lee menjelaskan, pada masa ini pesalah dikenakan hukuman mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan yang menyebabkan kerugian bernilai RM25 ke atas boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Menurut Lee, sudah tiba masanya untuk Akta Vandalisme diperkenalkan agar hukuman khidmat masyarakat diwajibkan manakala hukuman rotan dikenakan kepada pesalah tegar.
Beliau berkata langkah itu boleh dilaksanakan kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan yang melarang pekerjaaan secara paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas.
"Mereka yang didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan vandalisme hendaklah melakukan khidmat masyarakat mengikut bilangan jam yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa berkenaan.
"Ia merupakan hukuman yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat yang menerima kesan akibat tindakan pelaku.
"Hakim selalunya memerintahkan pesalah melakukan khidmat masyarakat sebagai tambahan atau ganti kepada hukuman lain, seperti penjara atau denda," katanya.
Beliau berkata, meskipun tahap vandalisme di negara ini tidak begitu membimbangkan, namun tahap kerosakan kemudahan awam adalah serius dan menjadi ancaman sosial sekali gus mewajarkan undang-undang ketat untuk menangani masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 30 2018
![Kuat kuasa hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah vandalisme - Lee Lam Thye Kuat kuasa hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah vandalisme - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51546206364_oBike.jpg)
Menurut Lee, undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu. - Gambar hiasan
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
![Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir' Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621008144_BanduanAkhirSyawa.jpg)
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
![Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600662989_BunuhBapa.jpg)
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
![Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598433763_NoorHishamAbdullah.jpg)
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
![Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579011093_hukumanmati.jpg)
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
![Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511947958_raped.jpg)
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.