Kualiti udara tidak sihat di sembilan kawasan pagi ini

Bernama
Julai 29, 2014 09:44 MYT
Kualiti udara di sembilan kawasan berada pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini - Foto Fail
Kualiti udara di sembilan kawasan berada pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan adalah Samarahan di Sarawak dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 126; Sibu (191); Sri Aman (114), Banting (137), Port Klang (135), Petaling Jaya (102); Batu Muda di Kuala Lumpur (123), Cheras (121) dan Putrajaya (124).
Kualiti udara di 20 kawasan lagi adalah pada paras sederhana. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
#IPU #jerebu #tidak sihat
;