Kualiti udara di Sarawak sentiasa dipantau - Najib

Bernama
September 10, 2015 06:58 MYT
NAJIB: Saya ambil maklum mengenai situasi jerebu di Sarawak, kualiti udara di kawasan seperti Kuching, Samarahan dan Sri Aman masih berada di tahap tidak sihat.
Kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak yang masih berada pada tahap tidak akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Razak.
Dalam catatan menerusi laman Twitter dan Facebooknya malam Khamis, perdana menteri berkata beliau mengambil maklum mengenai situasi itu.
"Saya ambil maklum mengenai situasi jerebu di Sarawak, kualiti udara di kawasan seperti Kuching, Samarahan dan Sri Aman masih berada di tahap tidak sihat," katanya.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar setakat 5 petang tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarikei merekodkan bacaan 104 berbanding pukul 1 tengah hari tadi iaitu 99.
Tiga kawasan lain masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Samarahan (167), Sri Aman (154), dan Kuching (146).

Saya ambil maklum kualiti udara di Kuching, Samarahan & Sri Aman masih pd tahap tdk sihat. Saya akn pantau situasi ini dari semasa ke semasa

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#jerebu #kualiti udara #Najib Razak #Perdana Menteri #Sarawak #Twitter
;