Kuala Lumpur-Tokyo bincang isu dua negara

Rahimah Abdullah
Ogos 8, 2019 09:46 MYT
Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Dr Hiroto di Hotel Nikko Fukuoka, 8 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Dr Hiroto Izumi, di Hotel Nikko Fukuoka di sini, hari ini.
Pertemuan bermula pada jam 9.30 waktu tempatan dan berlangsung selama satu jam.
Antara lain, pertemuan menyentuh mengenai perkembangan terkini hubungan Kuala Lumpur-Tokyo selain bertukar-tukar pendapat dalam isu serantau dan antarabangsa.
Kedua-dua mereka turut meneliti perkembangan pelbagai projek perintis yang meliputi kerjasama industri-industri utama di samping mempertingkatkan kerjasama dalam bidang baharu antara kedua-dua negara.
Turut hadir, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri, @chedetofficial menerima kunjungan hormat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi di Hotel Nikko Fukuoka.@501Awani pic.twitter.com/B7tJECtEHu

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) August 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian program dalam rangka lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke negara itu yang dilihat mampu memberi dorongan baharu seterusnya mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sedia wujud antara Malaysia-Jepun.
Ia turut menjadi bukti kepada aspirasi kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan serta perkembangan sains serta teknologi.
#Hiroto Izumi #Hubungan dua hala #industri #Jepun #kerjasama #kunjungan hormat #Mahathir Mohamad #Penasihat Khas #pendidikan #Perdana Menteri #Saifuddin Abdullah #Sains #sains dan teknologi
;