Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini - Shahidan
Astro Awani
September 8, 2021 18:50 MYT
September 8, 2021 18:50 MYT
KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini (10 September).
Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Labuan pula akan dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini sama seperti di Pulau Langkawi, Kedah, lapor portal Wilayahku.
Shahidan turut mengingatkan masyarakat khususnya warga kota untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Kadar vaksinasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga sudah hampir mencapai 100 peratus walaupun jumlah kes penularan pandemik COVID-19 masih tinggi.
Sebelum ini, Melaka diumum beralih kepada Fasa 2 manakala Negeri Sembilan kepada Fasa 3 di bawah PPN.