Kuala Lumpur: Dahulu dan kini

Irwan Muhammad Zain
Februari 1, 2019 08:30 MYT
Jalan Bangsar dahulunya dikenali dengan nama Sungai Putih (Sumber: Streets of Kuala Lumpur, Mariana Isa dan Maganjeet Kaur).
NAMA-NAMA tempat atau jalan di Kuala Lumpur mempunyai sejarahnya sendiri. Kebanyakannya memiliki nama asal yang lain sebelum dikenali dengan nama yang ada hari ini.
Antaranya, Kuala Lumpur dikatakan pada awalnya dipanggil Pengkalen Lumpur. Sementara Bangsar pada awalnya dikenali dengan nama Bungsar Road.
Bungsar Road merupakan gabungan nama dua peniaga, Edward Bunge dan Alfred Grisar. Kedua-dua mereka dipercayai telah membuka estet yang dinamakan Bunge-Grisar Rubber Estate.
Ia kemudiannya dikenali dengan nama Bung-Sar Estate. Jalan menuju ke estet ini dinamakan Bung-Sar Road. Pada 1952, nama Bungsar ditukar menjadi Bangsar.
#Bangsar #Hari Wilayah #infografik #Kuala Lumpur #Malaysia #nama asal #nama jalan #Wilayah Persekutuan
;