Kuala Lumpur berada di tangga 10 tertinggi bandar masa depan Asia-Pasifik

Agensi
Februari 19, 2018 21:28 MYT
Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR berada di tangga ke 10 dalam senarai bandar masa depan rantau Asia-Pasifik tahun 2017/2018, menurut laporan fDi Intelligence daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Kedudukan tersebut mengalami penurunan empat anak tangga dari kedudukan keenam pada tahun 2015/2016.
Senarai yang dikeluarkan oleh fDi Intelligence, sebahagian daripada Financial Times, menganalisis 163 lokasi dan dinilai mengikut lima kategori, iaitu potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; serta perhubungan.
Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju.
Faktor keupayaan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan nombor yang tertinggi berbanding daripada bandar-bandar di sekitar rantau Asia-Pasifik turut menyumbang kedudukan Singapura di tangga teratas.
Singapura juga mencatatkan pengangguran yang agak rendah iaitu sebanyak 2.1 peratus dan mempunyai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) per kapita yang lebih tinggi daripada USD 87,000 pada pariti kuasa beli.
#asia-pacific #Cities of the Future #Kuala Lumpur #World Economic Forum
;