Kuala Kangsar dibanjiri kenderaan VIP, Jln Bendahara ditutup mulai 8 pagi

Bernama
Mei 6, 2015 11:12 MYT
Anggota polis ditempatkan dari susur masuk tol Kuala Kangsar sehingga ke istana bagi melancarkan perjalanan lalu lintas ke istiadat pertabalan.
Bandar diraja Kuala Kangsar hari ini sibuk dengan kenderaan para tetamu dan petugas yang terlibat dengan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sejak pukul 7 pagi ini.
Walaupun tidak dapat memasuki istana untuk menyaksikan secara langsung istiadat tersebut, namun terdapat segelintir rakyat jelata menunggu di pintu masuk istana untuk melihat suasana di sini.
Anggota polis ditempatkan dari susur masuk tol Kuala Kangsar sehingga ke istana bagi melancarkan perjalanan lalu lintas ke istiadat pertabalan.
Jalan Bendahara menuju ke istana mula tutup pukul 8 pagi bagi membolehkan tetamu kehormat terdiri daripada wakil raja-raja Melayu berangkat tiba, diikuti menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.
Antara kenamaan yang dijadual hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
#Kuala Kangsar #Pertabalan #Sultan Nazrin Shah
;