Ku Li masih ketua Umno Gua Musang

Bernama
Oktober 19, 2013 21:56 MYT
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mengekalkan jawatan Ketua Umno bahagian Gua Musang yang disandangnya sejak lebih lima dekad.
Menyandang jawatan itu sejak 1962, beliau menewaskan pencabarnya, bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang Datuk Bazlan Baharuddin pada pemilihan bahagian itu di sini hari Sabtu.
Tengku Razaleigh atau Ku Li memperoleh 427 undi berbanding Bazlan 156 undi, sekali gus membolehkan bekas menteri kewangan itu kekal menerajui bahagian berkenaan.
Ku Li, 78, adalah Ketua Umno bahagian di negeri ini yang paling lama mengekalkan jawatan itu iaitu lebih 15 penggal dengan rekod tanpa kalah.
Bercakap kepada pemberita, Bazlan berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan berjanji akan kembali membantu memperkukuhkan parti.
Pada pemilihan itu, Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Nozula Mat Diah dan Naib Ketua Ab Aziz Yusof menang tanpa bertanding.
#Gua Musang #Tengku Razaleigh Hamzah #umno elections
;