KTM Komuter Klang-Batu Caves alami gangguan
Bernama
Februari 15, 2013 10:26 MYT
Februari 15, 2013 10:26 MYT
Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan pada Jumaat disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam lewat Khamis malam.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit.
Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran.
KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut.