KTM Komuter hadapi masalah teknikal, netizen mengamuk

Nizam Bakeri
April 18, 2016 11:58 MYT
Kebanyakan penumpang turut meluahkan kekecewaan mengenai kelewatan KTM Komuter yang berulang walaupun selepas tambang dinaikkan - Foto Twitter/Sivan John
“Dah 105 minit saya berdiri dalam KTM (Komuter) ni.”
“Naik tren pukul 7:15 (pagi), pukul 9:00 (pagi) baru gerak.”
Itu beberapa rungutan yang dikongsi oleh netizen hari ini di media sosial berikutan masalah teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter.
Pengumuman di akaun Twitter rasmi KTM Komuter pada jam 7:09 pagi menyatakan masalah teknikal tersebut berlaku berhampiran stesen Kuala Lumpur menyebabkan komuter ke semua destinasi mengalami kelewatan berbanding jadual asal.

Disebabkan masalah teknikal berhampiran stesen Kuala Lumpur, Komuter ke semua destinasi telah mengalami kelewatan dr jadual asal. Mohon maaf

— KTMB 03 2267 1200 (@ktmkomuter) April 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada jam 8:23 pagi, KTM Komuter mengumumkan tren mula beroperasi dengan kekerapan 30 minit.

Rujuk masalah teknikal pagi ini. Sekarang tren Komuter beroperasi dengan kekerapan setiap 30 minit.

— KTMB 03 2267 1200 (@ktmkomuter) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun pengumuman tersebut tidak dapat menghalang kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati lantaran perjalanan ke tempat kerja yang tertangguh sehingga dua jam.

Semoga penumpang ktm berada dlm kalangan org org yg sabar. pic.twitter.com/Gcu1J0hvZE

— usop banna (@TheUsopIbrahim) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah la KTM service mahal, lepas tu terminat service kat Petaling. Ni berapa plak nk tggu next train. @ktmkomuter pic.twitter.com/5Zv74TrU3J

— Asyraf Azizi (@acap_munez) April 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ktm delay 2 jam nak sampai office. Boleh sampai perak dah #lateagaintoday

— NAR (@asyikinrosli) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ktmkomuter Servis mcm ape la ktm ni. Satu landasan prob sume prob. Tak pernah ada backup yg fikir psl rakyat. Solusi selalu ke longkang je

— Syahir Wahid (@pendekarlaut91) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa netizen menyatakan kelewatan tersebut berpunca daripada masalah landasan.

Rupanyaaaaa masalah KTM aniiiiii landasan patah. The rail freaking broke? Weather must be so hot it expanded aye?

— Nurhudiya Damit (@hudiyadamit) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@ktmkomuter Servis mcm ape la ktm ni. Satu landasan prob sume prob. Tak pernah ada backup yg fikir psl rakyat. Solusi selalu ke longkang je

— Syahir Wahid (@pendekarlaut91) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

So landasan KTM rosak smpai stesen kuala lumpur. Hahahahaha.

— rye. (@ryeCR_) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
KTM Komuter kemudiannya mengesahkan masalah teknikal telah dapat diatasi sekitar jam 10:22 pagi namun waktu perjalanan tren masih terganggu.

Masalah teknikal sebelum ini telah dapat di atasi.Walaubagaimana pun tren mengalami gangguan waktu perjalanan.

— KTMB 03 2267 1200 (@ktmkomuter) April 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kini Trending #KTM Komuter #KTM Komuter lewat
;