KSU kementerian, dua anak lelaki direman tujuh hari

Bernama
Januari 5, 2017 11:32 MYT
KSU itu tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur. - Gambar Bernama
Seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang bergelar 'Datuk' dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 11 Jan.
KSU itu yang ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi semalam oleh SPRM, tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur.
Dua orang anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semalam, semasa diambil keterangan di ibu Pejabat SPRM.
#Datuk #KSU #Rasuah #reman
;