PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuatkuasa 30 Jun 2022 hingga 29 Jun 2024, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau yang juga Setiausaha MKI berkata jawatankuasa itu telah dinaik taraf dari Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) yang sebelum ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.
Katanya Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) kali ke-259 pada 30 Jun lepas berkenan untuk menaik taraf jawatankuasa ini, dan KSN diperkenan sebagai Pengerusi secara Ex-Officio berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya penyampaian watikah pelantikan Mohd Zuki telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 1 Sept lepas.
Hakimah berkata keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri setelah mendapat perkenan Raja Pemerintah di negeri berkenaan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan dua orang ahli yang dilantik oleh MKI dengan perkenan MRR.
Beliau berkata jawatankuasa yang diurusetiakan oleh JAKIM itu ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk membincangkan perkara dasar berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia antaranya bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia pada tahap terbaik selari dengan undang-undang, dasar dan peraturan yang berkuatkuasa selaras dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Jawatankuasa itu juga bertindak sebagai kumpulan pemikir yang menentukan dasar-dasar berkaitan tadbir urus terbaik hal ehwal Islam di Malaysia serta bertanggungjawab menyelaras dan mewujudkan keseragaman dalam pentadbiran dan pelaksanaan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
![KSN dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan MKI KSN dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan MKI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640347835_TBMohdZukiAli.jpg)
Penyampaian watikah pelantikan Mohd Zuki (gambar) telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI pada 1 Sept lepas. - BERNAMA
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661090151_TBZUKIALI.jpg)
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
![Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591674043_Ikmalrudin.jpg)
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
![Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577785602_TBZUKI.jpg)
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
![KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71538906628_TBISMAILBAKAR.jpg)
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
![Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545170309_TBIsmailBakar.jpg)
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
![Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41527847590_KetuaPesuruhjayaSPRM.jpg)
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
![Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526918858_TanSriHashimAman.jpg)
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
![Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438790380_MustafarAli.jpg)
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.