Kronologi tragedi Mavi Marmara
Astro Awani
Mac 23, 2013 13:20 MYT
Mac 23, 2013 13:20 MYT
Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail dan jurukamera Samsul Kamal Abdul Latip ialah antara yang ditahan ketika mengikuti misi Flotila dengan menaiki kapal Mavi Marmara.
Dalam insiden serangan pada 31 Mei 2010 itu, tentera Israel menceroboh dan menyerang Flotila pembebasan Gaza di kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.
Flotila anjuran Gerakan Bebaskan Gaza dan Yayasan Hak Asasi, Pembebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.
Untuk menyegarkan semula ingatan kita semula kepada peristiwa tiga tahun lalu mari kita imbas detik-detik berlakunya tragedi yang kekal dalam lipatan sejarah itu.