Kronologi serangan balai polis sejak 1980

Bernama
Mei 17, 2024 21:38 MYT
Lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kejadian Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang individu bertopeng sehingga menyebabkan kematian dua anggota bertugas adalah insiden keempat seumpamanya melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.
Berikut adalah kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980:
16 Okt 1980: Balai Polis Batu Pahat di Johor diserang sekumpulan ahli kumpulan ajaran sesat menyebabkan seramai 23 individu termasuk 14 anggota polis, petugas dan orang awam cedera.
4 Feb 2001: Balai Polis Guar Chempedak di Kedah diserang sekumpulan individu daripada kumpulan yang terpengaruh dengan pelampau antarabangsa dipercayai cuba merompak senjata api di balai itu sehingga menyebabkan dua anggota polis cedera.
31 Ogos 2017: Balai Polis Pinggiran Subang di Selangor -- seorang anggota berpangkat Lans Koperal maut akibat ditembak dari jarak dan ditetak senjata tajam semasa bertugas dalam pekarangan balai berkenaan.
17 Mei 2024: Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bahru -- dua anggota polis maut manakala seorang cedera parah selepas seorang individu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah yang bersenjatakan parang menyerang balai berkenaan.
-- BERNAMA
#kronologi #serangan balai polis #Balai Polis Ulu Tiram
;