Kronologi kes perhambaan warga Malaysia di London

Astro Awani
November 26, 2013 15:22 MYT
Pihak keluarga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di London untuk memastikan identiti wanita berkenaan.
Menurut laporan akhbar Daily Telegraph, Kamar Mautum, seorang pesara guru percaya bahawa mangsa tahanan selama 30 tahun merupakan adiknya.
Mangsa, diselamatkan oleh polis Britain bersama dua lagi mangsa berbangsa Ireland dan Inggeris.
Mereka dikatakan disekat kebebasan oleh dua orang ketua kumpulan Maoist, yang dikenali sebagai Aravindan Balakrishnan dan Chanda.
Polis Britain sedang menjalankan soal siasat terhadap ketiga-tiga mangsa di tempat yang selamat sementara kedua suspek dibebaskan bersyarat dengan jaminan.
Ikuti detik-detik penting yang membawa kepada pendedahan misteri kes perhambaan membabitkan warga Malaysia di London.
#hamba #London #perhambaan #warga Malaysia