Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu

Afiq Ariffin
Oktober 27, 2020 13:15 MYT
Berikut merupakan serba sedikit kronologi insiden Dayang Topaz yang perlu anda tahu. -APMM
MIRI: AWAL pagi Selasa, negara dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan kapal platform Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Insiden itu melibatkan seramai 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Berikut kronologi insiden melibatkan kapal platform Dayang Topaz yang perlu anda tahu:
6.45 pagi
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
8.45 pagi
Seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.
Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.
Sumber Facebook maritimmalaysia
9.47 pagi
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som turut berkongsi maklumat berkenaan insiden berkenaan menerusi Twitter.
Katanya, setakat jam ini, seramai 125 yang lain berjaya diselamatkan dan turut memaklumkan bahawa terdapat 62 kru kapal masih ada di atas kapal berkenaan.

MRCC Putrajaya terima panggilan kecemasan drpd Kapal Sapura Construction pd 6:45 pg td melaporkan kapal platform Dayang Topaz alami kecemasan di perairan Miri. MRCC Putrajaya aktifkan SAR. 125 kru tlh terjun laut manakala 62 lg masih atas kapal.@KDNPUTRAJAYA@MYCoastGuard pic.twitter.com/j2mvUE3gKb

— Mohd Zubil Mat Som (@KPMaritimMsia) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.36 pagi
Datuk Mohd Zubil Mat Som memaklumkan insiden berkenaan berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran daripada cuaca buruk sehingga menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak beramB.
11.25 pagi
Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu bahawa secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Tambahnya, empat mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui.
Menurut Komander Suzanna, lebih separuh anak kapal terjun dari kapal tersebut terjun untuk menyelamatkan kepada kapal tersebut.
12.18 tengah hari
Semua mangsa yang diselamatkan ketika ini dalam pelayaran ke Miri.
Mereka dibawa oleh kapal-kapal yang terlibat dengan misi CARILAMAT.
Dalam pada itu, Datuk Mohd Zubil turut memberitahu bahawa dua mangsa yang tercedera kini diterbangkan dengan menggunakan pesawat milik Petronas ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Aset-aset bantuan telah segera yang bergerak ke lokasi merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Semua mangsa yg diselamatkan ketika ini dlm pelayaran ke Miri oleh kapal2 yg terlibat dgn CARILAMAT. Pegawai @MYCoastGuard dan Agensi sahabat sedia menanti di pelabuhan dgn mengambil langkah pencegahan Covid-19. Dua mangsa cedera diterbangkan dgn pesawat Petronas ke Hospital Miri pic.twitter.com/CNCPO64NYZ

— Mohd Zubil Mat Som (@KPMaritimMsia) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
12.34 tengah hari
Kapal pertama yang membawa mangsa insiden Dayang Topaz, Kapal Hisham 6 dilaporkan sampai di pelabuhan Miri.
Difahamkan, petugas keselamatan sedang menurunkan kru kapal berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kapal pertama smpai di pelabuhan Miri, Kapal Hisham 6... Petugas keselamatan sedang menurunkan kru Dayang Topaz yg cedera untuk mendapatkan rawatan lanjut. pic.twitter.com/zCjY4Bf0kM

— Mohd Zubil Mat Som (@KPMaritimMsia) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
MRCC Putrajaya laksana koordinasi lanjut dalam Operasi Carilamat bagi mencari dan menyelamat empat kru Dayang Topaz yang masih hilang.
2.00 petang
Dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan.
Unit Korporat Jabatan Laut Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
#insiden #kemalangan #Dayang Topaz #Astro Awani #siasatan #keselamatan #operasi #bot #kru kapal #hilang #meninggal dunia #Malaysia #APMM #Twitter #Datuk Mohd Zubil Mat Som #Komander Suzanna Razali Chan #kronologi
;