Kritikan Lemiere satu penghargaan buat Perkasa - Ibrahim Ali

Astro Awani
Januari 9, 2015 00:00 MYT
IBRAHIBRAHIM: Bagi saya dia (Lemeire) ialah kucing. Saya begitu terkenal sehingga perlu membawa sampah (Lemeire) ke Malaysia.
Kritikan penganalisis politik berasal dari Perancis, Sophia Lemeire terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merupakan sebenarnya sa‎tu penghargaan kepadanya meskipun ia disuarakan oleh mereka yang tidak terkenal dan tiada "kelas", kata presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali.
Dalam satu kenyataan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS), Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati dengan kenyataan Lemeire yang mengatakan Perkasa tidak layak mendapatkan tempat di media malah tidak kisah sekiranya penganalisis politik itu mahu ‎bertemu janji dengannya.
"Saya tidak terasa langsung, namanya Lemeire. Bagi saya dia ialah kucing. Saya begitu terkenal sehingga perlu membawa sampah (Lemeire) ke Malaysia.
"Kepada Lemeire, saya berharap anda bergembira di Malaysia kalau anda ingin bertemu janji dengan saya bila-bila masa saja amat dialu-alukan,” katanya ketika mengulas dakwaan Lemiere dalam satu forum bertajuk “Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence” di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lemeire dilaporkan berkata Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku” apabila menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front yang membantu akhbar melariskan jualannya.
"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya merujuk kepada presiden Perkasa itu.
"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Rabu.
Mengulas perkara berkenaan, Ibrahim berkata sekiranya beliau pemeriksa doktor falsafah (PHD) Lemeire, beliau akan membuang tesisnya.
"Ini kerana ia (tesis) amat berat sebelah dan tidak benar. Tempatnya adalah di tandas," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali turut membidas Lemeire apabila menggelarkan beliau mungkin tali barut Yahudi.
#Ibrahim Ali #PERKASA #Sophia Lemeire