Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA
Bernama
Disember 17, 2015 17:37 MYT
Disember 17, 2015 17:37 MYT
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengumumkan pemberian 20 peratus diskaun bersempena sambutan Hari Krismas bagi pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Ketua Eksekutif Kumpulan Prolintas Datuk Zainudin A. Kadir dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go dan SmartTAG.
Beliau berkata diskaun yang ditawarkan itu merupakan satu daripada program tanggungjawab sosial korporat Prolintas.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau facebook Prolintas Highways.