Krisis Tun M, TMJ: 'Ia bukan isu peribadi' - Anwar
Harits Asyraf Hasnan
Mei 7, 2019 18:46 MYT
Mei 7, 2019 18:46 MYT
Tiada isu peribadi lantaran krisis antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Presiden PKR itu, tindakan Perdana Menteri semata-mata bertujuan untuk memastikan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara.
“Isu ini bukan isu peribadi. Perdana Menteri hanya mahu memastikan semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara dan saya fikir kita bersama dengan dia (Mahathir) dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan walkabout di Bazar Ramadan Pusat Bandar Sandakan, di sini hari ini.
Turut bersama dengan beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Semalam, Dr Mahathir menggelar Tunku Ismail sebagai seorang budak kecil dan dia juga 'bodoh'.
Ia sebagai reaksi pada kenyataan Tunku Ismail yang membangkitkan perkara baik dilakukan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan.
Menurut Perdana Menteri, adalah lebih baik seandainya putera sulung Sultan Johor itu berdiam diri daripada bercakap perkara yang beliau tidak tahu
#Anwar Ibrahim
#Christina Liew
#DAP
#Mahathir Mohamad
#Perlembagaan Persekutuan
#PRK Sandakan
#Ramadan
#Sandakan memilih
#Sultan Johor
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Vivian Wong Shir Yee