Krisis Arab Saudi dan negara republik Islam bakal memuncak?
Astro Awani
September 19, 2019 10:49 MYT
September 19, 2019 10:49 MYT
KRISIS yang melanda Arab Saudi melibatkan beberapa negara republik Islam dilihat semakin tegang.
Situasi memuncak selepas serangan dron ke atas dua kilang minyak Aramco dilancar pada 14 September lepas.
Susulan serangan itu, Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran minyak di dua loji berkenaan.
Penghasilan minyak di loji milik Saudi Aramco itu mungkin akan kembali normal dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Terbaharu, kumpulan pemberontak Houthi Yaman kini mengugut untuk menyerang Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Jurucakap pemberontak Houthi, Yahia Sarie dalam satu sidang media berkata mereka sedia untuk menyerang berpuluh-puluh sasaran di UAE.