Krisis Air Semenyih: Penduduk tawar hati

Harits Asyraf Hasnan
Mei 29, 2015 22:44 MYT
Sejak 11 hari lalu penduduk hanya bergantung kepada bekalan air yang disalurkan dari lori tangki SYABAS dengan bekalan tidak memuaskan.
Krisis bekalan air di Taman Bukit Semenyih dan sekitarnya nampak seperti tiada kesudahan.
Bukan sekali atau dua kali tetapi sejak setahun lalu.
Difahamkan, sejak 11 hari lalu penduduk hanya bergantung kepada bekalan air yang disalurkan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), dengan bekalan yang diberikan tidak memuaskan.
Ikuti laporan Asyraf Hasnan yang meninjau krisis air di Semenyih serta temubual mengejut bersama Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred.
TInjauan Astro AWANI membuktikan krisis catuan air ini sememangnya berada di tahap kritikal.
Wakil penduduk kawasan Taman Bukit Semenyih, Murali Ramoo berkata penduduk yang terjejas kini telah tawar hati berkenaan krisis tersebut.
"Kami sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kami sudah panggil media, lepas liputan media, ada air. Lepas dua tiga hari, tiada air.
"Bayangkan orang tua yang uzur, tidak mampu setiap hari untuk mengambil air dari tangki sementara.
"Tolonglah selesaikan segera masalah ini. Kami dah 'penat'!" luah Murali.
Justeru, mereka amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan menerusi penyelesaian jangka masa panjang dengan segera dan bukan hanya memberi penyelesaian jangka masa pendek.
#Murali Ramoo #priscilla alfred #Syarikat Bekalan Air Selangor #Taman Bukit Semenyih
;