Krisis air: Penduduk bersuara di Twitter
Syafique Shuib
Januari 9, 2013 06:46 MYT
Januari 9, 2013 06:46 MYT
Gangguan bekalan air di kawasan Ampang dan Cheras yang masih berterusan mengakibatkan ramai penduduk meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui medium media sosial terutamanya Twitter.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), pihak mereka menjangkakan tempoh pemulihan bekalan air sesetengah kawasan di Kuala Lumpur akan berlarutan sehingga bulan depan.
Ada juga kawasan yang tidak dapat dipulihkan sepenuhnya yang melibatkan lebih kurang 28,000 akaun kerana tidak ada kapasiti rezab bekalan air.
“Sekarang ini, penjelasan tidak penting. Apa yang penting adalah penyelesaian,” kata pengguna Twitter yang dikenali sebagai @friskynazeri.
Seorang lagi pengguna Twitter yang dikenali sebagai @saifuyoo berkata: "Balik rumah takde air lagi. Letih bai angkat air dari luar naik tingkat 2. Penat, apa yang susah sangat nak repair pam ni."
Berikut adalah antara tuit lain yang dihantar oleh penduduk tempatan yang telah meluahkan rasa tidak puasa hati mereka menganai krisis air yang dihadapi.
Penduduk mengeluh di Twitter mengenai gangguan bekalan air : Galeri