Kren tumbang MRR2: Netizen mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Atiqah Ismail
Februari 26, 2018 14:36 MYT
Februari 26, 2018 14:36 MYT
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang hari ini telah mengundang pelbagai reaksi pengguna jalan raya, yang rata-ratanya mengadu berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 9.45 pagi tadi menyebabkan kesesakan jalan raya empat kilometer dari arah Hulu Klang ke Ampang.