Kren tumbang Kampung Baru: Ada 'Pak Haji' dalam kereta tu!

Astro Awani
November 9, 2017 06:36 MYT
sebahagian daripada kren tersebut menghempap beberapa kenderaan dan terdapat seorang individu di dalam sebuah kenderaan tersebut. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Saksi kejadian insiden kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, di sini hari ini berkongsi cerita bersama Astro AWANI mengenai detik-detik kritikal.
Menurut Abdul Rahman Mat Arif, sebahagian daripada kren tersebut menghempap beberapa kenderaan dan terdapat seorang individu di dalam sebuah kenderaan tersebut.
"Ada seorang 'Pak Haji' di dalam kereta itu, dia tidak sedarkan diri buat seketika," katanya ketika ditemubual Wartawan Astro AWANI, Syah Hairizal Kamalul Ariffin di lokasi kejadian.
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Seorang cedera, kereta remuk

@501Awani seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana patah bahu - Abdul Rahman Mat Arif, (saksi kejadian) pic.twitter.com/7IXtQehggT

— Syah Hairizal (@syahhairizal) November 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bahaya tapak pembinaan #Berita Terkini #Breaking News Astro AWANI #detik cemas #Kampung Baru #kereta #keselamatan tapak pembinaan #kren tumbang #Kren tumbang kampung baru #Kuala Lumpur #Legasi Kampung Baru #NIOSH #remuk dihempap kren