Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Amanz
Disember 4, 2023 10:00 MYT
Disember 4, 2023 10:00 MYT
KERAJAAN hari ini telah mula menawarkan kredit RM100 di bawah inisiatif eMADANI, sekali gus mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi secara fizikal di pelbagai pekedai tempatan.
Selari dengan itu, diumumkan juga kredit tidak boleh digunakan untuk sejumlah tujuan.
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk:
* Pemindahan ‘peer-to-peer’;
* Penebusan tunai;
* Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
* Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
* Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
* Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
* Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
* Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
* Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, iaitu MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.