KR1M 2.0: Jual barangan berjenama tetapi harga bawah pasaran - PM

Hafiz Marzukhi
Disember 9, 2017 18:53 MYT
KR1M 2.0 akan memaparkan konsep yang berbeza daripada KR1M sebelumnya. - BERNAMA
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.
Menurut beliau, barangan yang dijual mempunyai jenama tetapi ia akan dipasarkan pada harga di bawah pasaran.
"Ini adalah konsep yang akan kami gunakan untuk KR1M 2.0," katanya pada sidang media selepas sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang melabuhkan tirainya hari ini.
#1Malaysia #barangan #berjenama #Kedai Rakyat #Kedai Rakyat 1Malaysia #KR1M #KR1M 2 0 #Najib Razak #PAU 2017 #UMNO #UMNO 4 0
;