Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kehadiran pegawai JKM adalah untuk berbincang dengan pihak kebajikan Sweden demi kesejahteraan anak kakitangan Tourism Malaysia dan isterinya itu.
"Kementerian amat prihatin dengan nasib yang menimpa empat beradik yang diperintahkan oleh pihak berkuasa Sweden untuk dijaga oleh keluarga angkat susulan mendapat laporan dipukul oleh ibu bapa kerana tidak solat.
"Dalam masa yang sama, kementerian berharap satu jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.
Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.
Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial Sweden sejak ibu bapa mereka ditahan.
Bernama
Mon Jan 20 2014
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Empat beradik mengubat rindu pada ibu menerusi panggilan video
Anak-anak pasangan Shalwati Norshal dan Azizul Raheem mengubat rindu mereka kepada ibu menerusi panggilan video petang semalam.
Kami tak sabar untuk jumpa ayah - Aisyah
Aishah, anak sulung Azizul Raheem berkata beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ayahnya telahpun dibebaskan dari penjara.
Sweden: Azizul Raheem dibebaskan petang ini
Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang ini.
Empat beradik tabah terima keputusan ibu bapa dihukum penjara
Keempat-empat anak pasangan Malaysia yang dihukum penjara oleh mahkamah Sewden semalam menerima keputusan itu dengan tabah walaupun sedih.
Rentetan kes pukul anak oleh pasangan Malaysia di Sweden
Kes mula mendapat perhatian media dalam dan luar negara ini bermula sejak Disember 2013, dan akhirnya menyaksikan pasangan itu disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara.
Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara
Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 dan 10 bulan atas kesalahan melanggar integriti anak-anak mereka.
Anak pasangan M'sia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar dua lagi laporan berkala kepada Wisma Putra mengenai keadaan empat beradik itu, Jumaat lepas.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Kerajaan menyedari perbezaan taraf diplomatik di setiap negara dan berusaha mendapatkan pengiktirafan kekebalan imuniti kepada semua pegawai Tourism Malaysia yang ditugaskan di Sweden.
Kerajaan usaha dapatkan imuniti pegawai pelancongan di Sweden
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
Perbicaraan Shalwati dan Azizul berakhir Jumaat
Mahkamah Daerah Solna menetapkan hari Jumaat, 13 Mac untuk mendengar hujah peguambela bagi perbicaraan pasangan Malaysia yang ditahan kerana memukul kempat-empat anak mereka