KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan

Zaim Ibrahim
Februari 7, 2018 17:40 MYT
KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan. - Astro Awani
Kejayaan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menduduki 100 teratas universiti terbaik Asia serta universiti tempatan lain yang tersenarai 350 teratas, mendapat reaksi positif daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata: “Pencapaian UM tersenarai 50 teratas dunia membuktikan bahawa universiti tertua di negara ini berada pada landasan yang betul ke arah 100 terbaik di peringkat dunia secara keseluruhannya.”
Beliau turut berbangga dengan universiti lain termasuklah universiti swasta iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), yang turut tersenarai dalam 350 Terbaik Seluruh Asia Tahun 2018.
“Penyenaraian dalam ranking seperti ini akan membolehkan kementerian lebih memahami kekuatan yang perlu diperkasakan dan kelemahan yang perlu diatas.
“Tahniah diucapkan kepada semua universiti dan moga terus meningkat secara berterusan,” tambahnya lagi.
Bagi tahun 2018, kedudukan UM meningkat daripada 59 (2017) kepada 46 , UTAR daripada 111-120 (2017) meningkat kepada 99 dan UTP daripada (141-150) kepada 114.
#Datuk Seri Idris Jusoh #Kementerian Pendidikan Tinggi #Ranking Universiti Asia 2018 #Times Higher Education THE #universiti malaya #Universiti Teknologi PETRONAS #Universiti Tunku Abdul Rahman
;