KPT nafi yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai September

Bernama
Mei 12, 2017 11:52 MYT
Khabar angin yang ditular melalui media sosial tentang kenaikan yuran pengajian dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menafikan bahawa kadar yuran universiti awam naik sehingga 200 peratus mulai sesi kemasukan September ini.
Dalam kenyataan ringkas di sini, KPT menyatakan berita yang tular di media sosial itu adalah tidak benar.
Laporan yang terpapar dalam sebuah blog itu mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung sumber kewangan universiti awam berikutan pengurangan pemberian peruntukan kewangan oleh kerajaan.
-- BERNAMA
#blog #Kementerian Pendidikan #khabar angin #media sosial #pendidikan #yuran pengajian
;