Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Sabtu membuat penafian tentang kenyataan yang tular berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) persiapan pergerakan pelajar untuk pulang ke kampung halaman.
KPT menerusi laman Facebook rasmi menyatakan kenyataan itu adalah palsu.
“Kenyataan itu telah dimuat naik ke media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“KPT tidak pernah mengeluarkan SOP seperti yang ditularkan. Mohon untuk tidak menyebarkan maklumat palsu itu,” kata kenyataan itu pada Sabtu.
Kenyataan palsu itu mengandung paparan maklumat sebanyak 18 muka surat, antaranya berhubung persiapan pra pergerakan dan semasa pergerakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ke lapangan terbang.
Pada 24 April lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar IPT awam dan swasta, termasuk politeknik serta kolej komuniti, yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April.
Katanya, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat memutuskan waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9 malam hingga 9 pagi bagi memastikan perjalanan terkawal.
Menurutnya, 53,000 pelajar atau 85 peratus pelajar IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terbabit dalam inisiatif itu manakala selebihnya memilih untuk kekal di kampus masing-masing.
Sahlizah Mohamed
Sat Apr 25 2020
KPT menjelaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan SOP seperti yang ditularkan.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.
Polis sahkan video tular kejadian culik kanak-kanak di Labu adalah palsu
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pemilik akaun yang memuat naik video tersebut yang boleh menggugat keamanan awam.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.