KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi diminta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan sebuah dana latihan industri, bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat terpilih.
Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai Bardai berkata penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut.
"Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kerana syarikat yang mencarum dengan HRDF dapat menikmati tawaran latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka secara percuma.
"Jadi sekiranya IPT dapat sama-sama mewujudkan dana latihan industri dan mencarum dengan HRDF, elaun latihan industri itu lebih mudah diselaraskan, sekali gus mengurangkan beban pelajar yang sedang menjalani latihan industri," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyeru syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan.
Anwar berkata bagaimanapun kerajaan tidak akan menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kepada pelatih industri, memandangkan latihan itu bukan bersifat paksaan.
Barjoyai berkata pelajar praktikal juga boleh dibayar mengikut kadar produktiviti mereka, sekiranya pelajar berkenaan dapat memberi pulangan atau keuntungan kepada syarikat, kerana pada hakikatnya majikan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk melatih pelajar berkenaan.
Mengakui tekanan kos sara hidup pelajar kini, Barjoyai berkata seorang pelajar memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menampung keperluan mereka, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan serta bergantung kepada lokasi.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Muhammad Asree Abdul Aziz, mencadangkan kerajaan memberi subsidi upah latihan industri atau pelepasan cukai khas kepada syarikat terlibat.
Beliau berkata langkah itu akan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak, memandangkan banyak syarikat masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini.
"Kami memahami kos sara hidup terus meningkat tanpa dijangka dan pinjaman pendidikan dan biasiswa semakin menipis peluang untuk diperolehi, namun pelajar juga harus memahami apakah tujuan utama latihan industri ini.
"Perlu difikirkan juga kesanggupan pihak industri dalam menerima pelajar ini untuk diberi latihan di syarikat mereka, namun pihak industri juga sewajarnya tidak membebankan kerja-kerja tertentu terhadap pelajar, sehingga memberi kesan kewangan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
![KPT, KSM perlu kerjasama wujud dana latihan industri KPT, KSM perlu kerjasama wujud dana latihan industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673569384_barjoyaibardai.jpg)
Prof Barjoyai Bardai berkata penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC syor KPT guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
PAC berpendapat KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720800056_TBZambry.jpg)
KPT peruntuk RM50,000 anjur aktiviti kesusasteraan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntuk RM50,000 bagi penganjuran aktiviti berkaitan kesusasteraan di peringkat institusi pengajian tinggi.
![Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720321369_kontinjennegara.jpg)
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
![Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698484693_tbFadhlinaSidek.jpg)
Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman selanjutnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat kepu
![Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.
![KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718031022_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.
![Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
![KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714903462_ZambryAbdulKadir.jpg)
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
![KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714004716_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.