KPN: Perlu tingkatkan mutu siasatan kes jenayah
Zarina Hafiz
Jun 8, 2013 19:55 MYT
Jun 8, 2013 19:55 MYT
Polis Di Raja Malaysia sedia mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa dalam usaha meningkatkan mutu siasatan kes jenayah.
Ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap dengan sokongan pakar institusi berkenaan dapat meningkatkan lagi kemahiran pegawai siasatan.
Khalid dalam temuramah ekslusif bersama Astro AWANI menegaskan langkah itu perlu bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap polis.
"Memang benar banyak rungutan-rungutan antaranya rungutan dari masyarakat berkenaan dengan kelewatan dan juga mutu siasatan itu sendiri. Jadi kita melihat perkara-perkara ini. Kita tak boleh transform overnight benda-benda begini.
“Kita perlu mendapatkan pakar-palar untuk menasihatkan kita untuk melatih kita, In Syaallah kita tidak akan jemu-jemu untuk mencari apa juga cara dalam meningkatkan skill kakitangan kita bukan sahaja dalam bidang siasatan tapi apa juga tugas-tugas kepolisian," kata beliau.
Bagi mengurangkan kadar jenayah pula, Khalid mahu tahap mobiliti balai bergerak dipertingkatkan.
"Namanya pun balai bergerak. So sepatutnya dia patut bergerak. Balai-balai bergerak dalam bentuk van memang dikehendaki bergerak. Memang tumpuan juta sekarang adalah di kawasan-kawasan hot spot. Ketua-ketua polis daerah ini perlu lebih kreatif dalam membuat perancangan dalam balai-bakai bergerak ini. Kita bincang dengan ketua-ketua polis supaya balai bergerak live up to its name."
Walaupun statistik menunjukkan kadar jenayah jalanan semakin menurun, usaha cegah jenayah tetap akan dipertingkatkan bagi memastikan rakyat benar-benar berasa selamat.