KPN menyerahkan tugas
Astro Awani
Mei 16, 2013 16:18 MYT
Mei 16, 2013 16:18 MYT
Lebih lima ribu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan perbarisan sempena majlis persaraan wajib Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Pulapol pagi tadi.
Dalam majlis itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru mulai esok turut diserahkan tugas sewaktu sesi tandatangan dokumen.
Tan Sri Khalid mengantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada esok 17 Mei 2013.
“Saya yakin dan peraya Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu Ketua Polis Negara yang baru mulai esok akan dapat meneruskan usaha PDRM bagi mencapai objektif PDRM yang ditetapkan dalam Akta Polis, mencapai visi dan misi dan seterusnya mencapai aspirasi rakyat terhadap PDRM,” kata Ismail.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis yang baru pula ialah Datuk Sri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Tan Sri Khalid sebelum ini.
Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media berkata beliau berpuas hati kerana sebelum persaraanya beliau berjaya menjalankan tugas sebaik mungkin seperti pecerobohan di Lahad Datu dan Semporna serta pilihan raya umum baru-baru ini.
“Saya telah menjalankan tugas,tanggungjawab amanah yang telah diberikan pada saya dengan sebaik mungkin, perasaan cinta dan sayang saya kepada masyarakat Malaysia bagi memastikan semua rakyat Malaysia sejahtera, aman dan damai,” tambah Ismail.