KPN arah tahan pemilik Twitter hasut Sarawak pisah daripada Malaysia

Bernama
Julai 22, 2015 16:37 MYT
Khalid (gambar) mengarahkan pemilik akaun Twitter @Swakheadhunter ditahan mengikut Akta Hasutan. -Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pemilik akaun Twitter ‘@Swakheadhunter’ ditahan mengikut Akta Hasutan.
Ini bagi membantu siasatan terhadap pemiliknya yang didakwa menghasut rakyat Sarawak untuk berpisah daripada Malaysia.
Khalid melalui laman Twitternya berkata Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah mengesan pemilik akaun twitter Republic of Sarawak melalui ‘@Swakheadhunter’ “PCIRC @PDRMsia kesan twit handle di bawah, siasat dan tahan di bawah Akta Hasutan” katanya melalui laman twitter rasmi beliau hari ini.
Khalid turut memaparkan gambar ‘screenshot’ kenyataan yang dibuat @Swakheadhunter kepadanya hari ini.

PCIRC @PDRMsia kesan twit handle di bawah, siasat dan tahan di bawah Akta Hasutan pic.twitter.com/zKzG79774a

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khalid Abu Bakar #KPN #PCIRC #Swakheadhunter #Twitter
;