KPN arah kesan pemilik twitter keluar kenyataan menghasut
Astro Awani
Disember 4, 2016 20:05 MYT
Disember 4, 2016 20:05 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia mengesan pemilik akaun twitter milik B. Vadivel yang mengeluarkan kenyataan mempunyai unsur menghasut dan salah guna media sosial.
Menerusi laman twitter rasminya, Khalid berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber (PCIRC) diarahkan untuk mengambil tindakan ke atas pemilik akaun terbabit.
Catatan yang dimuat naik dalam bahasa Inggeris oleh B. Vadivel itu dipaparkan pada jam 9.54 pagi Ahad.
#B. Vadivel
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#menghasut
#PCIRC
#Pusat Tindak Balas Siasatan Siber