KPM siap sedia hadapi Monsun Timur Laut - Pkharuddin Ghazali

Fahmi Izuddin
November 1, 2023 11:20 MYT
Pkharuddin berkata mobilisasi bantuan juga sudah berada pada tahap siap siaga terutama melibatkan golongan pelajar dan guru di sekolah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah bersedia mendepani sebarang kemungkinan bencana kesan daripada Monsun Timur Laut (MTL).
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata mobilisasi bantuan juga sudah berada pada tahap siap siaga terutama melibatkan golongan pelajar dan guru di sekolah.
Beliau berkata, surat surat peringatan kepada semua institusi pendidikan supaya bersedia juga telah dihantar pada 10 Oktober lepas.
Ujarnya lagi, penubuhan bilik gerakan juga terbahagai kepada dua, bilik gerakan secara fizikal dan maya bergantung kepada tahap situasi di lokaliti tertentu.
"Kita dahpun keluarkan surat peringatan kepada semua institusi pendidikan supaya bersedia. Yang terkini kita hantar pada 10 oktober lepas, kemudian jawatankausa taskforce bencana berkenaan banjir di peringkat KPM juga membincangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil dari semasa ke semasa,
"Kita juga mengaktifkan bilik gerakan, bilik gerakan kita ni ada secara maya ada secara fizikal, maya apabila keadaan itu tidak begitu serious, tapi fizikal, apabila dah begitu serious, kita sentiasa berada di bilik gerakan itu untuk membantu dari pelbagai sudut," ujarnya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada rabu.
Selain itu, beliau berkata KPM komited untuk menyumbangkan pelbagai kit sumbangan banjir untuk bantuan kepada warga KPM yang terkesan banjir.
Pada masa sama, beliau menegaskan KPM mengorak langkah menubuhkan perkhidmatan kaunseling oleh kaunselor pendidikan, Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) bagi membantu dari aspek kaunseling kepada murid dan guru mangsa banjir yang terkesan dengan bencana itu.
"Jadi kita juga sebenarnya ada satu pasukan pengurus banjir di seluruh peringkat di seluruh negara. Sebab pasukan ini akan bergerak, berkerjasama dengan agensi-agensi lain.
"Jadi person in charge sentiasa diberi maklumat terkini, dan jadi penghubung dengan pihak berkaitan. Tapi apa yang menariknya, kita ada satu kumpulan sukarelawan atau Smart Support Team (SST), yang sentiasa standby untuk memberi bimbingan kaunseling kepada mereka yang terkesan banjir," tambahnya.
Selain itu berliau berkata, KPM telah mengeluarkan surat peringatan Berhubung Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Banjir di Institusi Pendidikan disertakan dengan garis panduan tindakan sebelum, semasa dan selepas berlaku bencana banjir sama ada oleh institusi pendidikan yang berisiko banjir atau yang menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
#KPM #monsun timur laut #banjir #sekolah
;