KPM setuju beri lanjutan pengecualian bayaran sewa hingga 31 Disember
Astro Awani
Jun 21, 2022 12:00 MYT
Jun 21, 2022 12:00 MYT
KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan peengecualian bayaran sewa kantin selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.
Menerut menterinya, Datuk Radzi Jidin, lanjutan pengecualian bayaran sewa bagi pengusaha kantin serta ruang atau premis dalam sekolah akan dapat memberi manfaat kepada mereka.
"Tempoh dua tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM.
"Mengambil kira ekonomi semasa serta memahami bahawa pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19, KPM telah membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM di sekolah KPM dilanjutkan bermula 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022.
"KPM yakin tempoh pelanjutan untuk tempoh enam bulan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepda pengusana kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah," katanya.
Sebelum ini, KPM memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di institusi bawah kementerian itu bagi tempoh enam bulan, bermula Julai tahun lalu.
Ia kemudian dilanjutkan lagi selama enam bulan hingga Jun 2022.