KPM salur bantuan segera pada sekolah rosak dilanda ribut di Putrajaya

Astro Awani
Mac 10, 2019 17:25 MYT
Salah sebuah kelas di SMK Presint 11 (1), di Putrajaya teruk terjejas akibat ribut kuat yang melanda Putrajaya pada Sabtu. Gambar: Facebook
Kementerian Pendidikan akan menyalurkan bantuan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1), di Putrajaya yang mengalami kerosakan selepas dilanda ribut pada Sabtu.
Menterinya, Maszlee Malik berkata, beliau telah meminta pasukannya menilai kerosakan pada sekolah berkenaan.
"Saya turut berdukacita apabila mengetahui SMK Presint 11 (1) mengalami kerosakan disebabkan kejadian ini. Saya telah meminta pasukan saya dan KPM untuk menyiasat kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dan meneliti bantuan segera yang boleh dihulurkan.
"Saya juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru di sekolah berkenaan yang mengorbankan cuti hujung minggu untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah berkenaan," katanya dalam statusnya di laman sosial Facebook pada Ahad.
BACA: Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut
#Facebook #guru #Kementerian Pendidikan #laman sosial #Maszlee Malik #pendidikan #Putrajaya #sekolah
;