TAIPING: Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah yang dijangka bermula dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata setiap daripada sekolah berkenaan akan menerima peruntukan berjumlah RM70,000 sepertimana yang disalurkan kepada sekolah kerajaan pada tahun lepas.
"Buat masa ini, peruntukan ini masih dalam proses untuk kita memenuhi segala tatacara kewangan yang ada.
"Setelah kesemuanya dipenuhi maka kita akan salurkan kepada setiap SBK termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk tujuan penyelenggaraan serta naik taraf tandas sekolah," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.
Sehingga 20 Mac lepas, sejumlah 8,354 tandas sekolah telah dibaiki dengan peruntukan berjumlah RM654.29 juta di bawah Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang memberi manfaat kepada lebih lima juta pelajar seluruh negara.
Mengenai sesi lawatan yang diadakan, Wong berkata sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada tujuh sekolah dalam Parlimen Taiping bagi tujuan baik pulih atau menaik taraf fasiliti serta infrastuktur sedia ada.
Beliau berkata segala proses berkenaan akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah masing-masing.
"Sumbangan secara sekali beri ini disalurkan melalui Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan kepada enam sekolah kerajaan dan SABK Maahad Al-Khair Lil Banat, yang kita harapkan ia dapat digunakan sebaiknya oleh ketujuh-tujuh sekolah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (dua, kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM50,000 kepada Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al Khair Lil Banat, Muhammad Abdullah (dua, kanan). - Foto Bernama
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

KPM lulus RM50,000 peruntukan penyelenggaraan kepada 74 SJKC SBK
Lim Hui Ying berkata dana itu akan disalurkan kepada sekolah berkenaan yang memohon peruntukan penyelenggaraan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah, bukan sekolah - KPM
Menteri Kanan Pendidikan berkata, sebanyak RM620 juta diperuntukkan kepada sekolah dan RM50 juta kepada bukan sekolah.

Maszlee tidak pernah cadang tukar SBK kepada sekolah kebangsaan
Kementerian Pendidikan berkata Menterinya, Dr Maszlee Malik tidak menyebut atau mengesyorkan agar SBK ditukar menjadi sekolah kebangsaan seperti yang dilaporkan.

Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.