PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan sesi persekolahan secara bersemuka untuk sesi 2022 dapat dilaksanakan sepanjang tahun ini melalui pelaksanaan beberapa inisiatif antaranya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kata Menterinya Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata pihaknya juga akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan pelajar dapat hadir bersemuka ke sekolah walaupun menyedari terdapat risiko peningkatan jangkitan COVID-19.
"Sekolah ni kadang-kadang apabila mula dibuka, dah mula rasa selesa, jadi kita dah minta pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah memastikan SOP sentiasa dipatuhi terutama pemakaian pelitup muka dan pengudaraan.
"Pengudaraan merupakan satu lagi komponen yang kita sentiasa tekankan bukan saja dalam kelas tetapi termasuk di bilik guru dan bilik khas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan komputer riba dan pelan data sumbangan wang wakalah zakat kepada 42 penerima anak asnaf dari sekolah rendah dan menengah di sekitar Putrajaya.
"Kita sentiasa duduk berbincang mengambil pandangan KKM dan kita yakin dengan kerjasama ibu bapa, anak-anak dan sekolah, insya-Allah anak-anak kita dapat terus hadir secara bersemuka untuk 2022," katanya.
Sementara itu, Radzi berkata KPM pada tahun ini akan menumpukan kepada pembangunan kurikulum baharu.
"Kurikulum ni ada kitarannya dan untuk tahun ini kitarannya dah tamat. Bermakna murid Tahun Enam dah lengkap kitaran kurikulum semasa.
"Kita ambil kira semua pandangan yang diberikan dan insya-Allah kita akan pastikan supaya pembangunan kurikulum ini dapat mengambil kira bukan saja pandangan tetapi keadaan dan persekitaran di luar sana bagi memastikan anak-anak kita bersedia apabila mereka keluar dari sistem pendidikan dalam tempoh enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.
"Pada waktu itu apa yang dipelajari masih relevan dengan keadaan semasa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Radzi berkata KPM juga sedang membangunkan satu sistem yang merekod dan menyimpan aset-aset serta bil utiliti sekolah dalam usaha memastikan pembaziran dapat diminimumkan.
Beliau berkata sepanjang lawatannya selama 22 bulan ke lebih 277 institusi pendidikan, didapati berlaku pembaziran air memandangkan walaupun sekolah ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan tiada pelajar, namun bil air masih mencecah ribuan ringgit sebulan.
"Kita sedang bangunkan satu sistem supaya kesemua bil air ini diletakkan dalam satu papan pemuka bagi membolehkan pengetua dan guru melihat bil air mereka berbanding sekolah-sekolah lain dan melihat sekolah manakah bil airnya melebihi kadar nisbah ditetapkan.
"Ini juga membolehkan kita melihat apakah puncanya dari sudut pembaziran itu sendiri ataupun paip lama yang telah bocor di bawah sana (tanah). Jadi kita tahu puncanya dan membolehkan kita melaksanakan intervensi yang lebih cekap untuk kita pastikan supaya dapat jimat perbelanjaan utiliti," katanya.
Selain itu, Radzi berkata satu sistem pengurusan inventori yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan bertujuan merekodkan aset-aset di sekolah supaya sekiranya ada aset yang tidak digunakan di sekolah itu, ia dapat dipindahkan ke sekolah lain yang memerlukan.
BACA: COVID-19: Kebanyakan jangkitan babitkan kes di luar sesi persekolahan - Radzi Jidin
"Hasil lawatan, kita lihat banyak aset kementerian yang tidak diguna secara optimum. Contoh ada berberbelas ketuhar tidak diguna sedangkan ada keperluan untuk institusi kita yang melaksana program katering, jadi kita boleh pindahkan.
"Perabot-perabot yang rosak...kita ada satu senarai di manakah sekolah yang ada lebihan perabot akan di bawa dari sekolah ini ke sekolah yang memerlukan. Jadi ia merupakan pendekatan pengurusan aset yang lebih cekap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin bercakap pada sidang media Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan Tahun 2022 di Auditorium Kompleks E hari ini. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.