KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat menjenamakan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra Universiti KPM, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata selain memberikan imej baharu di peringkat pendidikan itu, ia adalah komitmen KPM memastikan hala tuju Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan pilihan dalam kalangan murid sekolah menyambung pelajaran mereka melalui STPM.
"Dalam penjenamaan semula sistem pendidikan Tingkatan Enam ini (akan berlaku perubahan istilah), murid kepada pelajar, guru kepada pensyarah, pengetua kepada pengarah manakala guru penolong kanan kepada timbalan pengarah," katanya.
Fadhlina berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) bagi tahun 2022, di sini hari ini.
Ketika ditemui pemberita, beliau berkata gelaran jawatan itu berbeza susulan penjenamaan semula namun gred perjawatan adalah masih sama.
Selain itu, Fadhlina berkata KPM juga memberi kuasa autonomi kepada pengetua pusat sekolah Tingkatan Enam secara serta merta, bagi melonggarkan syarat kemasukan pelajar ke peringkat pendidikan itu.
Katanya menerusi pemberian autonomi itu, pengetua diberi kebenaran menawarkan kemasukan STPM kepada murid yang berkelayakan dan memerlukan untuk menyambung pelajaran, sekiranya masih terdapat kekosongan.
"Ini juga adalah usaha KPM untuk mengurangkan isu keciciran pelajar kerana sebelum ini proses kemasukan pelajar Tingkatan Enam hanya melalui tawaran KPM. Mungkin ada yang KPM terlepas pandang pelajar yang layak untuk sambung pelajaran ke STPM.
"Jadi ini adalah ruang autonomi yang saya fikir paling efektif dan efisien untuk pengetua itu sendiri kenal pasti pelajar ini dan memberikan ruang untuk mereka sambung belajar," katanya.
Beliau berkata KPM juga sedang berusaha meningkatkan bilangan guru cemerlang Tingkatan Enam yang kini jumlahnya adalah 0.5 peratus atau kira-kira 60 orang daripada jumlah keseluruhan guru akademik bagi peringkat pendidikan itu.
"Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru akademik Tingkatan Enam, KPM akan meneliti semula instrumen dan rubrik bagi penilaian guru cemerlang Tingkatan Enam," katanya.
Mengenai peratusan pendaftaran kemasukan Tingkatan Enam bagi tahun ini, beliau berkata sebanyak 67 peratus telah mendaftar dan mengesahkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat pendidikan itu, setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM telah mengenal pasti 10,000 orang yang memohon untuk mengulangi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kesemua mereka ini terdiri dalam kalangan calon SPM yang tercicir dari pelbagai tahun.
"Ada dalam 20,000 orang lagi sedang dikenal pasti untuk mendapatkan maklumat penuh, di mana mereka berada, ada yang bekerja dan mungkin ada yang sakit atau mengalami masalah sosial lain yang perlu kita bantu," katanya.
Sebelum ini, KPM mengesahkan hampir 30,000 calon yang direkodkan tidak menduduki peperiksaan SPM 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Fadhlina mengadakan sidang media selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW (Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing) Tahun 2022 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Semua 10 pusat Tingkatan 6 Mod 1 kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan 6
Usaha kementerian itu bertujuan memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.