KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri-negeri lain khususnya di Sabah dan Sarawak bagi memelihara pendidikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata SBJK menyediakan pendidikan formal untuk memelihara nasib kanak-kanak yang menghadapi masalah sosial, tanpa dokumen, tercicir dalam pelajaran dan yatim piatu.
"Insya-Allah kita melihat dalam jangka masa panjang untuk membuat perluasan kepada konsep sekolah ini di negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak yang mempunyai isu-isu seperti ini khususnya yang terkait rapat dengan kanak-kanak tanpa dokumen dan golongan rentan," katanya kepada pemberita selepas majlis Iftar Santunan Kasih di SBJK di sini hari ini.
Beliau berkata konsep pendidikan di sekolah itu tidak mengikut sistem pendidikan arus perdana, sebaliknya mengikut keperluan murid sekolah berkenaan, yang mengambil kira elemen kasih sayang dan akses kepada pendidikan formal.
Terdahulu pada majlis itu Fadhlina menyerahkan replika kunci kepada Penolong Kanan Pentadbiran SBJK Mohd Zafrol Abdullah sebagai simbolik penyerahan bangunan akademik fasa satu sekolah berkenaan.
Menurutnya sejumlah RM21 juta diperuntukkan bagi dua fasa pembangunan sekolah itu dengan RM13 juta untuk membangunkan bangunan akademik dalam fasa satu dan RM8 juta untuk membangunkan asrama pada fasa dua.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
![KPM akan perluas konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ke negeri lain - Fadhlina KPM akan perluas konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ke negeri lain - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681313988_FadhlinaSidek.jpg)
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tiga, kiri) bergambar bersama Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
![Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
![Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737950138_peperiksaanspmst.jpg)
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
![KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737098756_FadhlinaSidek.jpg)
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
![KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737012128_Duitjutakela.jpg)
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
![Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735803187_FadhlinaSidekSida.jpg)
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
![GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735799414_FadhlinaSidekSida.jpg)
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
![KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734006740_TBRUJIUBI.jpg)
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.