KPM akan bincang pelan pelaksanaan PPSMI - Teo Nie Ching

Muhafandi Muhamad
Februari 2, 2020 15:28 MYT
Menurut Teo Nie Ching, setakat ini PPSMI dilaksanakan secara dwibahasa di lebih 2,000 buah sekolah seluruh negara. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan akan membincangkan lebih lanjut pelan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara menyeluruh.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, setakat ini PPSMI dilaksanakan secara dwibahasa di lebih 2,000 buah sekolah seluruh negara.
Tambahnya, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Setakat ini, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran matematik dan sains adalah dalam bentuk dual language program (DLP) yang telah dilaksanakan. Setakat ini lebih 2,000 buah sekolah yang telah guna pakai.
"Kami akan adakan perbincangan dengan lebih lanjut dengan YAB Tun (Dr Mahathir) supaya kita boleh keluarkan pelan perlaksanaan," kata Nie Ching.
Sebelum ini, Dr Mahathir memaklumkan PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara selepas melihat sains dan matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran lain seperti sejarah dan geografi kerana ia bukan bidang ilmu yang diolah dari negara ini.
Bagaimanapun hasrat berkenaan mendapat tentangan ramai pihak, termasuk daripada kalangan pimpinan dalam Pakatan Harapan.
#DLP #dual language program #Kementerian Pendidikan #Mahathir Mohamad #Matematik #PPSMI #Sains #Teo Nie Ching
;