KPLB umum pelantikan empat pengerusi agensi di bawahnya
Astro Awani
Mei 11, 2020 15:50 MYT
Mei 11, 2020 15:50 MYT
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi empat agensi di bawahnya berkuat kuasa 15 Mei ini.
Pelantikan itu melibatkan tokoh akademik Emeritus Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi
Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd. (Unitek-MARA); Ketua Pegawai Eksekutif Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md. Radzi sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn. Bhd. (DDEC); ); bekas Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Banking & Investment Corp (M) Bhd., Datuk Azrulnizam Abdul Aziz sebagai Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Datuk Seri Ahmad Azizi Ali sebagai Pengerusi MARA Incorporated (MARA Inc.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yakin kesemua pengerusi baharu yang dilantik itu mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam merealisasikan visi dan misi di setiap agensi bawah kementerian tersebut.
Dengan perlantikan dan pendekatan baharu itu, beliau yakin Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan subsidiarinya akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosioekonomi Bumiputera dalam dalam sektor keusahawanan, pendidikan dan pelaburan.
"Antara lain pelantikan ini ia adalah sebagai usaha memastikan ketiga-tiga sektor ini dapat bergerak secara seimbang dan menjadi teras strategik dalam membawa agenda Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Abd Latiff turut mengucapkan tahniah atas pelantikan keempat-empat pengerusi baharu itu.
"Saya berharap mereka dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang," ujarnya.