KPKT sedia garis panduan penginapan atasi isu tempat tinggal pekerja asing, tempatan

Bernama
November 3, 2023 14:00 MYT
Keadaan penginapan pekerja jenis kontena yang tidak teratur, sempit dan panas yang dikesan dalam Ops Matela oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bulan lalu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan garis panduan penginapan, bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan mematuhi perundangan.
KPKT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kementerian itu telah menyediakan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (TLQ) untuk tempoh sementara iaitu 2024-2026 dan Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) bagi pelaksanaan jangka masa panjang.
Kenyataan itu memaklumkan garis panduan itu, disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan, pihak pemaju, majikan, pengilang dan pengusaha penginapan, dalam menyediakan penginapan pekerja.
"Perkara itu meliputi pekerja asing dan pekerja tempatan selaras dengan keperluan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], serta akta-akta lain yang berkaitan," menurut kenyataan KPKT itu
-- BERNAMA
#KPKT #penginapan pekerja #pekerja asing #kebajikan pekerja
;